Apr 4, 2008

 

Misi & Visi

OBJEKTIF

Memperkenalkan BKMIP selaku persatuan yang memberi kebajikan kepada warga Pahang di Mesir.

Merapatkan hubungan dua hala antara Bkmip, Kerajaan Negeri dan pihak-pihak berkuasa pentadbiran di Malaysia.

Melicinkan gerak-kerja dan perjalanan program yang telah dirancang melalui sumbangan dan bantuan dari kerajaan negeri serta sumbangan yang lain.

Membentuk serta melahirkan Mahasiswa/i al-azhar yang mantap dari sudut ilmu pengetahuan ukhrawi dan duniawi.

Menyatupadukan seluruh anak-anak Pahang yang menuntut di Mesir.

Mengurus dan Memastikan keamanan, keselamatan, kesejahteraan dan ketatasusilaan warga Pahang di Mesir terjamin.

Memberikan sumbangan kebajikan dan bimbingan kepada anak-anak Pahang di Mesir sama ada dari sudut pelajaran, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Melahirkan generasi yang mampu merealisasikan pengajian ilmu secara lebih efektif disamping kegigihan dan dedikasi terhadap individu atau berkumpulan.

Berusaha mencari jalan penyelesaian atau mengatasi sebarang masalah bagi tujuan kemajuan dan kejayaan warga Pahang di Mesir dan BKMIP.

Berusaha memperluaskan dan meninggikan minda para penuntut dalam bidang agama serta bidang-bidang yang lain.

Memastikan semua warga Pahang yang berada di Mesir tidak tersisih dari mendapat sumbangan kebajikan yang sepatutnya.

Share:

0 comments:

Post a Comment

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
Kami Sentiasa Menunggu Kedatangan Anda Sebagai Follower
Tegar Weblog BKMIP Untuk Sama-Sama Memberi Komen
Yang Terbaik Bagi Persatuan Anak Pahang Malaysia-Mesir
Teruskan Bersama Kami.